Friday, April 18, 2008

Reviu: Final Fantasy 7: Core Crisis

Nama: Final Fantasy VII: Core Crisis
Platform: PSP
Bahasa: English
Genre: RPG
Grafik: 4.5/5
Suara: 5/5
efek: 4/5

Kepuasan: 5/5


Crisis Core


Pada tahun 1997 Syarikat Permainan Gergasi Jepun SquareSoft* telah mengejutkan pasaran permainan PS dunia dengan memperkenalkan Final Fantasy 7, permainan genre RPG pertama yang menggunakan enjin 3D. Dan sejak dari itu, permainan ini telah dimainkan di seluruh dunia dan mempunyai jutaan peminat tetap. Saya pada masa itu belum lagi mempunyai Konsol PlayStation.

Tahun lepas, Square-Enix telah mengeluarkan Movie Final Fantasy 7 : Advent Children**, menggunakan teknik penjanaan 3D sepenuhnya bagi meraikan ulangtahun ke-10 FF7. Suku akhir tahun lepas, Pihak Square-Enix sekali lagi mengeluarkan Permainan baru mengaitkan FF7, iaitu FF7:Core Crisis.

Tidak seperti AC, CC bermula sebelum permainan FF7, dan ia mengaitkan salah seorang watak kecil (tetapi penuh impak) Zack Fair, rakan karib kepada watak utama Cloud Strife. Permainan ini bermula dengan animasi yang paling bagus pernah saya lihat dalam arena permainan konsol. Watak Zack Fair digambarkan sebagai seorang periang, penuh emosi, dan sangat setia pada rakan.

Saya tidak mahu lebih-lebih dalam reviu ini, tapi kehebatan dan kepuasan yang saya alami sepanjang seminggu lebih bermain tidak dapat digambarkan lagi. Dari segi grafik yang mengagumkan, pengolahan suara dan lagu latar yang tepat membuatkan saya amat teruja setiap kali habis satu babak dalam permainan ini.

Permainan ini diasingkan kepada babak-babak yang saling berhubung kait dan peralihan dari setiap babak telah diolah sebaik mungkin. Sebagai pemain veteran genre RPG, saya cukup berpuas hati. Kehadiran cara permainan baru tidak menggunakan teknik Turn-Based memang dialu-alukan.


Nota-kaki/rujukan:
* Square-Enix pada masa sebelum bergabung dengan Enix Entertainment.
**FF7:AC - Cerita selepas permainan asal FF7.

Wednesday, April 16, 2008

3rd day

Now, its the 3rd day of my Industrial Training. All the briefing is done, all the introduction done, task assignment is done, most of the things are in place. The timeline are set and planned.

From now onwards I'm in the task of making a prototype of what should I do throughout the IT. Its almost complete and need a little more touch here and there.

and now, of all things I hope I can survive the training here. Wish me luck.

Salam.

p/s - sorry about the short post but I'm pretty busy actually, and its been a long time since i got internet and I only manage to post this short entry.
Powered By Blogger