Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, May 20, 2008

Kahlid Ibrahim perjelas tindakan pemberian air percuma Selangor

Nyza Ayob
Tue
| May 13, 08 | 4:14:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (KeADILan-Bandar Tun Razak) menyangkal kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menganggap pemberian air secara percuma oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya sebagai satu pembaziran.

Jelasnya kerajaan Selangor bersedia untuk memberi air secara percuma, kerana ia merupakan salah satu usaha kebajikan daripada kerajaan Selangor kepada rakyatnya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

"Terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang 'mencemburui' kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor. Mungkin ramai kerajaan lain yang 'cemburu' dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan penggunaan yang tidak digunakan," katanya.

Katanya, mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter padu yang kedua yang telah dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu yang kedua, harganya akan tetap dinaikkan.

"Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu pemberian percuma ini melatih masyarakat supaya berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan satu pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya mereka dapat mempraktikkan cara ini," katanya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasannya, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberikan kerana tempoh perbahasan yang diberikan hanya 15 minit kepada setiap ahli parlimen.

Dalam pada itu, Khalid turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa pemberian air percuma merupakan rasuah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor.

"Ahli Parlimen Pontian boleh menulis surat kepada Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu dan sekiranya di kalangan Umno yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma bolehlah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma tersebut.

"Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan," katanya yang disambut tepukan meja ahli parlimen Pakatan Rakyat tanda sokongan.

---

Nah, penjelasan panjang lebar dari mulut menteri kita sendiri. Saya tidak mahu berkata lebih2 dalam hal ini, nanti kena pulak dikatakan jual maruah negara pada yahudi atau ejen amerika syarikat.

Friday, March 14, 2008

Umno ulangi senario 1967, pelawa PAS sertai BN atas alasan bangsa

Basiron Abdul Wahab
Fri | Mar 14, 08 | 4:03:10 pm MYT

BERA 14 March (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan (kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Katanya, Umno cuba memainkan isu perkauman sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN).

"Stretegi sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan sebagainya.

"Jangan terkejut jika dihubungi oleh orang-orang Umno mengajak untuk bertemu dan berbincang atau mengajak bersatu di bawah Umno," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran petugas BA kawasan Bera di Darul Ikhwan dekat sini.

Menurut Mazlan, pemimpin Unmo itulah yang suatu masa dahulu mensabotaj ahli PAS di kampung-kampung, menafikan hak untuk mendapatkan subsidi baja, hak untuk mendapatkan saham Felcra, tanah dan sebagainya, mereka itu mungkin akan menangis ketika bertemu bagi menunjukkan betapa perlunya PAS bersama Umno.

Itu semua kata, Mazlan adalah usaha terdesak Umno ketika berada dalam "kritikal" serta sedang mengerakkan usaha memujuk ahli-ahli bersatu di dalam Umno, sama seperti senario 1969 dahulu apabila Tun Abdul Razak menyediakan helikopter untuk mengambil Presiden PAS, Dato’ Asri Haji Muda untuk bertemunya.

Mazlan menegaskan, ahli PAS perlu tegas menolak pelawaan bersatu di bawah Umno. Ini kerana PAS mendapat mandat rakyat, mereka mengundi PAS mengapa pula perlu bersatu di dalam Umno, sepatutnya Umnolah yang menyertai PAS.

"Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di dalam PAS," tegasnya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh pimpinan PAS baru-baru ini, bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan Umno.

Pengalaman (1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978," katanya.

Difahamkan di kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan lainnya.

Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya.

Menurut Mazlan, Umno semakin tidak releven, parti itu dikuasai oleh pemimpin korup yang tamak, membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Apa yang perlu PAS buat kini ialah memperkuatkan organisasi bagi menerima penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam PAS tidak lama lagi.

"Senario ini akan berlaku tidak lama lagi dan PAS serta rakan –rakan BA mesti bersedia," ujarnya.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Mazlan bertanding kerusi Parlimen Bera. Beliau tewas kepada Dato' Ismail Sabri dengan majoriti 3,821 undi.

Bagaimanapun beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 1000 undi berbanding pilihan raya 2004 lalu. - mns

Sumber - Harakahdaily

Monday, March 10, 2008

Lawak DUN

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling pedas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling rapat, DUN Sungai Rapat
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell

Thursday, March 6, 2008

Kenali Tengku Adnan Mansor

Azamin Amin
Thu | Mar 06, 08 | 6:55:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Ramai yang pasti khususnya pengundi di Parlimen Putrajaya mengenali Menteri Pelancongan Tengku Adnan Mansor yang terkenal dengan kenyataan 'kontroversi' yang keluar dari mulut seorang muslim yang mengikuti konsep Islam Hadhari.

Beliau secara bijak telah mengeluarkan idea yang amat 'bernas' iaitu mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi.

Lebih mengejutkan, beliau tanpa rasa segan mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah.Kedua-dua alasan ini motifnya untuk pelancongan.

Dua idea 'mantap' ini seolah-olah cuba menjadikan negara ini 'syurga arak' dan 'syurga hiburan' yang akan menyebabkan ramai pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut.

Bagaimana idea 'kartun' ini telah dibantah keras oleh PAS termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam lantaran ianya akan mendatangkan musibah besar kepada membiaknya keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang membarah kepada rakyat Malaysia khususnya remaja dan umat Islam.

Walau apa pun, para pengundi perlu mengenali siapa Adnan yang mempunyai idea bernas ini supaya boleh menilai sama ada beliau layak sekali lagi untuk menerajui tampuk kepimpinan khasnya dalam bidang pelancongan hatta sebagai seorang ahli parlimen sekalipun.

Adnan telah dilahirkan di negeri Melaka pada 20hb Disember 1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502.

Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor manakala pada tahun 1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama sama seperti yang terdapat dalam surat beranak malah ketika menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada tahun 1969 namanya masih lagi kekal sebagai Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3hb Oktober 1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan telah membuat akuan bersumpahnya bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka.

Adnan merupakan seorang taukeh Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad.

Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.

Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23hb Mei 2003.

Apapun sepatutnya Adnan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi dan situasi gawat umat Islam ini sangat-sangat membimbangkan.

Sungguhpun begitu terpulanglah kepada para pengundi untuk mebuat penentuan di hari pengundian 8 Mac ini untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam soal memilih pemimpin.

hari pembuangan undi

8 mac nanti, negaraku tercinta akan menanti kehadiran satu hari yang boleh mengubah masa hadapannya. Sudah menjadi kelaziman, sesiapa yg boleh dan layak mengundi, akan pergi menunaikan tanggungjawabnya. Aku juga tidak ketinggalan untuk pergi mengundi nanti.

Undi adalah rahsia, tapi tidak bagiku, aku berani menjawab dengan tegas, aku akan mengundi untuk mengubah negara. Aku akan mengundi PAS.
Powered By Blogger