Monday, March 10, 2008

Student Life, cont.

Sekarang nie aku dah rasa seperti mana asal, back to campus. Walaupon cuma sehari dua sahaja aku balik ke rumah, dan pergi menunaikan tanggungjawab. Dua hari yang cukup singkat untuk berehat dan menenangkan otak sebelum pergi balik semula memeningkan otak.

Hari ini aku sudah kembali ke UNITEN. Hari ini cukup bersemangat untuk aku ke kelas, malangnye kelas sudah dibatalkan. Mungkin pensyarah sakit, atau dia mempunyai hal penting. Kelas kedua bermula 2 jam selepas itu, dengan dimulakan dengan pemberian semula kertas Mid-Sem. Keputusan yang agak teruk. Mungkin ini padahnya pelajar IT mengambil subjek Engineering. Nampaknya kelebihan pelajar Engineering lebih kepada sesi Lab, walhal kami 6 orang tidak mengambil Lab.

Surat2 khabar hari ini menunjukkan PakLah tidak langsung rasa tertekan, malah tidak langsung merasakan bersalah menjatuhkan BN yg sekian lama dibina oleh pemimpin lepas. 5 negeri Jatuh di tangan pembangkang, walaupun ini pertanda baik, tetapi saya agak rasa sedikit tidak selesa dengan DAP. Mungkin kerana saya masih lagi mempunyai jati diri Melayu yang cukup kuat.

As for now, my student life here continues.....

No comments:

Powered By Blogger