Saturday, May 1, 2010

Bende menjengkelkan masa naik public transport

macam pernah dengar kan tajuk neh? Aku actually fan Obefiend dan nie macam spinoff, cuma dalam perspektif aku. so nie mmg ayat aku sendiri, tarak tiru2.

Aku naik public, coz aku takda duit dan gaji aku memang tak cukup untuk nk bayar bulanan kereta termasuk maintanance sekali. Motor tak boleh, pasal aku takdak lesen. kang tak pasal2 kena tahan ngan polis. dah la route aku pergi keje mmg infested ngan polis buat roadblock. nie dia entry aku pasal bende2 yang gile annoying/menjengkelkan bila naik public transport. public tranport tu termasuklah Bas/komuter/LRT/STAR/PUTRA/RapidKL/etc....

1) jenis boombox
Aku cukup biul bile ada orang yang tak reti bahasa/no-sivik-minded pasang lagu mp3 dari henset dia. aku tau la bunyik tuh slow, tapi kalo dah tempat tuh boleh kata hampir takde bunyik(kecuali bunyik enjin bas/tren), so bunyik yang sepatutnya slow tu pon mmg clearly kedengaran walaupon ko play kat back end, aku dok kat front end. nak pulak kalo pasang lagu tamil. lagi la aku naik hangin. tolong la beli earphone tuh, murah je kot. takkan la masa hangpa beli henset mahal hang tuh, takdak earphone free, mesti ada punya. kalo takdak, mintak la. kalo orang kedai tuh takmo bagi, sila jangan beli henset kat tempat tuh.

Exaggerating to the max

2) Teh loud-speaker guy.
Macam satu lagi jenis henset maniac neh, aku naik hangin kalo tetibe je call in, mamat(aku bahasakan org lelaki sebagai mamat, perempuan minah, walaupon kaum dia bukan *meleis) neh jawab dengan bangganya memasang mode loud-speaker. nk menunjukkan iPhone/Blackberry/xperia/{insert phone mahal disini} dia. weh, tolong la wei, ni tempat public, kalo nk jawab call pon, at least kawal la suara tuh, lagi buat2 tatau lak bile org keliling dok pandang slek kat dia. macam haram.(ke mmg anak haram? pakai subang telinga tu?) bukan semua orang nak dengar kau punyer conversation tuh...

macam nie ke kai? haah, lebih kurang macam nie.

3) geng kedai kopi
Selalunya kat kedai kopi/or kopitiam kita tenogk orang yang dok borak pasal artis sana, politik sini, masalah dunia etc... nie dalam public transport 3-4 orang dok borak sakan ngan suara kuat. topik selalunya aku susah nk paham pasal only two language that I know, Bahasa Malaysia and english. kumpulan kecil neh memang akan wujud walaupon dimana, gelak ramai2 tu lagi la aku hangin. lol, nk borak turun je la pastu gi ke kopitiam terdekat. boleh wifi free lagik. sial....

tempat ni dipanggil kopitiam, jadi, encik2, silelah berborak di tempat sebegini.

4) Bangga-bag
macam douchebag, tapi nie jenis yang tak reti2 nak turunkan bag dia. backpack besar, pastu bole lak sedap2 je gi block tengah2 tuh. buat2 tak sedar bile orang dok "sekius me" "ekskus me" "beli laluan" kat dia.... macam haram. bangga-bag nie jenis yg memang bangga ngan bag besar dia. aku pon ada pakai backpack gak, tapi takde la sampai aku nk angkut bende 5kg tu masa the whole 1 hour trip commuting aku.... lol.
nasib baik aku tak pernah tgk org malaysia buat camnie...

notes:
*meleis = abg obe punyer singkatan utk malays yg melampau. baca lagi here

No comments:

Powered By Blogger